1MDB SPONSOR JKKK PERGI HAJI

Baru-baru ini media melaporkan 1MDB telah sponsor lebih kurang 1000 JKK untuk menunaikan haji dengan nilai RM10.4 JUTA.  Subhanallah bertuahnya mereka yang mendapat sponsor untuk gi haji bonus dari Kerajaan Malaysia. Tulah namanya rezeki, orang lain tunggu bertahun-tahun baru dapat pergi menunaikan haji.

Mereka yang terpilih ini dari ahli JKKK dan pegawai-pegawai masjid, sudah sepatutnya mendapat pengiktirafan atas keikhlasan mereka. Program ini dah bermula sejak tahun 2011 lagi.

Program Khas Haji yang diilhamkan oleh Najib Tun Razak sendiri sejak 2011. Melalui program ini, Perdana Menteri, Yayasan 1MDB dan Tabung Haji memperuntukkan sejumlah kuota khas untuk mereka yang terpilih iaitu dari kalangan pemimpin masyarakat dan agama di kampung-kampung untuk mengerjakan ibadah haji dengan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Yayasan 1MDB.
Untuk tahun ke enam (2016) ini, Perdana Menteri telah bersetuju menghantar seramai 1,100 orang jemaah haji khas dengan peruntukan sebanyak RM10.4 juta.
1MDB SPONSOR HAJI

1MDB SPONSOR HAJI

Panggilan haji ini jemputan dari Allah swt, berbagai cara untuk sampai menunaikan haji jika Allah swt izinkan.  Ambil peluang mendalami ilmu sebelum berangkat pergi, maklumlah ada yang bidan terjun, pergi kursus pun tak pernah. Tapi yakinlah sekiranya ada keikhlasan dalam diri kita Allah swt akan permudahkan segala urusan kita.
Jemaah haji lelaki tak perlu risau, barang-barang mereka tak sebanyak jemaah haji wanita.  Perlu bawa set pakaian seperti berikut :-
1. Kain Ihram – 2 set
2. Bawak kain pelekat tak berjahit – 2 set jugak.
3. Barangan toiletteris yang tidak berwangian.
4. Baju pagoda berpoket – ni perlu ada ya.
5. Baju kurta atau baju melayu atau jubah lelaki – bawaklah 3 helai
6. Seluar panjang bawa lah dalam – 3 -4 pasang.
7. Seluar dalam secukupnya – untuk dipakai diluar waktu ihram.
8. Selipar yang tidak bertutup – mesti nampak jari kaki tu dan tumit.
9. Kain pelikat untuk kegunaan – diluar waktu ihram
10. Tuala mandi.
11. Gunting kecil.
seluar cream

seluar haji lelaki polyester cotton

whatsapp untuk order 0192883235

Tambahan Kuota Haji 2016

Alhamdulillah dan masuk fasa kedua bulan Ramadhan, kita masuk ke fasa mencari keampunan Allah swt. Mari kita pulun melipat gandakan amalan dan taubat semoga Allah swt mengampunkan kita semua.

Rasanya pada waktu begini ramai bakal jemaah haji kita sudah mendapat surat jemputan untuk mengerjakan haji. Mungkin ada yang dah dapat tarikh dan flight detail pun. Akak ucapkan tahniah untuk tuan dan puan. Yang belum dapat harap bersabar selagi flight terakhir belum take off, harapan masih ada itulah prinsip akak. Syukur Alhamdulillah gerak hati yang Allah swt beri ada kebenarannya.

Rasanya ramai yang dah tahu bahawa Tabung Haji minta kuota tambahan 10,000 selalunya cuma minta dalam 5,000 tempat. Memandangkan Kerajaan Iran tidak akan menghantar jemaahnya so adalah lagi tempat. Berdoalah dan jaga kesihatan siapa tahu langkah tuan dan puan adalah pada tahun ini.

Rezeki dari Allah swt, panggilan haji itu adalah jemputan dariNYa. Kalau anda ada duit banyak sekalipun tetapi jika belum lagi tersenarai nama anda tahun ini dapat menunaikan haji maka belumlah lagi giliran anda sampai.

Saya doakan anda akan jadi Duyufur Rahman pada haji kali ini. If happen anda dapat panggilan akhir terimalah jika tiada apa yang menghalang. Mungkin itulah rezeki tuan dan puan semua.

No worries tentang persiapan kalau dah suntuk sangat bawa sahaja apa yang ada dalam wardrobe tu asalkan sesuai untuk dipakai di sana. Yang penting ubat-ubatan dan pakaian intimate tu kena bawak lebih. Kalau adapun di sana harganya mahal.

If masih ada masa boleh hubungi kedai online kami. www.telekungmusleema.blogspot.my atau facebook/telekungmusleema. Kami juga boleh dihubungi melalui whatsapp 019-2883235 KAK BARIAH.

Kami menawarkan baranga haji dan umrah dengan harga yang mampu milik ya bukan harga cekik.  Tapi kalau lagi 2 – 3 hari minta maaf banyak-banyak saya tak berani nak ambil order takut barang lambat sampai.

 

New expansion masjid kul 3.00 am

New expansion masjid kul 3.00 am

 

 

Pengurusan Jenazah – Siapa yang patut buat?

Too many things happen walk and go in your life sedar-sedar usia dah meningkat, kesihatan dah tergugat.  Amal tak sebanyak mana…hmmm hmm sesekali stop sekejap..tinggalkan segala urusan dunia.

Kita share bab pengurusan jenazah kali ini, ambil sedikit sebanyak yang dapat di kongsi but i’m copy paste ya. You guys boleh belajar lebih banyak lagi dengan attend Kursus Pengurusan Jenazah, akak just attend once and I know I have to belajar lebih banyak lagi.

Sekarang dah banyak kursus-kursus jenazah diadakan rebut peluang keemasan ini sudah pasti sooner or later kita akan menghadapinya jugak bila berlaku dengan orang yang terdekat dengan kita.

Surah Al Imran, 3 : 185 –

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.  Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.  Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

Seseorang yang telah nyata meninggal dunia, hendaklah diselenggarakan jenazahnya dengan secepat mungkin.  Jangan dibiarkan atau bertangguh-tangguh.

Rasulullah s.a.w bersabda; segeralah menyelenggarakan jenazah jika dia adalah orang yang baik, maka kamu dekatkan dia kepada kebajikan, jika dia adalah orang yang tidak baik, maka kamulah yang akan mendapat dan menanggung keburukannya……..(Hadis Riwayat Muslim).

 Rasulullah s.a.w bersada; Wahai Ali! Tiga perkara jangan sesekali kamu lambatkan. Pertama, sembahyang bila waktunya masuk.  Kedua, menguruskan jenazah bila dia sudah meninggal dunia dan ketiga, wanita yang sudah ada orang yang layak masuk meminangnya.”….(Hadis Riwayat Termizi)

1. Keutamaan dalam urusan jenazah ini adalah pengurusan dilakukan oleh keluarga sendiri. Kalau suami, isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri, suami dan anak-anaknya.

2. Lelaki – Adik beradik lelaki, bapa saudara, sepupu atau saudara lelaki.

3. Perempuan – Adik beradik perempuan, ibu saudara, sepupu atau saudara perempuan.

4. Lelaki yang soleh, imam tempatan.

5. Perempuan yang solehah.

solat jenazah

solat jenazah

As anak kitalah yang sepatutnya menjaga aib orang tua kita, kalau dulu mereka yang mandikan kita, cebukkan kita. Why not, for the last moment as our honour to them kita pulak yang mandikan dia orang.

Dulu dia orang pakaikan baju kita, pampers kita, susukan kita.  Apa kata sekarang kita pulak yang kafankan mereka, tutup aurat dan aib mereka. Jangan biar orang lain yang tengok aurat ibu ayah kita. Sepanjang hidupnya dia jaga aurat takkan setelah mereka tak berdaya tubuh mereka ditonton oleh orang lain pula.

Untuk kita sama-sama muhasabah diri sebab kita juga bakal jenazah. good night kita sambung lagi next time. Next apa yang patut kita buat disaat sakratul maut.

BILA LAGI AGAKNYA DAPAT BERMALAM DI ARAFAH??

Itulah ungkapan yang bermain di benak akak nie..terasa rindunya bila teringat pengalaman di Arafah. MasyaAllah tanyalah semua orang nak lagi tak pergi ARAFAH confirmed 300% orang nak gi. Itulah kemuncaknya haji bermalam di Arafah, mabit di Muzdalifah dan bermukim beberapa hari di Mina.

Bila kita sampai di Kota Jeddah kita terlena dengan kemodenan bangunannya dan infrastruktur. Sepanjang perjalanan ke Kota Makkah hati tertanya-tanya betul ker ini negara Arab yang berpadang pasir dan gurun yang gersang. Kita dibuai oleh bangunan-bangunan cantik dan hotel-hotel yang mencakar langit mengeliling kota Makkah.

BERJALAN KE ARAFAH

BERJALAN KE ARAFAH

hajj 2015 021

JUTAAN MANUSIA MENUJU ARAFAH

Highway dan terowong yang berselirat membelah bumi kota kelahiran junjungan Nabi s.a.w. Tapi itulah rahmah dan keajaiban yang Allah swt bagi di bumi barokah ini kan.

Bila lihat kat page orang pergi Umrah dan singgah melawat di Arafah rasa menggedik-gedik rindu dihati ini. Masa kat sini memang fokus untuk ibadah dengan keadaan badan yang tidak sihat tu.  Memang tak larat dah nak berselfie, teringat pesan ustaz pembimbing kita datang untuk cari ampun Allah.

Kebanyakan photo yang akak ambil semuanya selepas balik dari Arafah, hanya Allah yang tahu rindu ini moga ada kesempatan untuk kita datang lagi buat kali kedua.  Harapan semoga kesihatan dan kewangan akak mengizinkan.

Bercerita tentang Arafah apakata kita semak balik peristiwa besar yang berlaku disini. Sejarah ini bermula dengan pertemuan kembalik Nabi Adam s.a.w dan isterinya Saidatina Siti Hawa.

Kisah Arafah

Arafah merupakan nama suatu padang pasir yang luas. Menurut para ulama, asal penamaannya lebih dari satu kisah.[v]

Pertama, para malaikat mengingatkan Adam As. dan Hawa setelah keduanya diturunkan ke bumi, yakni di Arafah, agar mereka mengakui dosa-dosanya dan memohon ampun kepada Allah. Dengan kata lain bibit manusia yang pertama (Adam dan Hawa) diturunkan ke muka bumi ini adalah di Arafah.

Kedua, ketika Adam dan Hawa diturunkan dari syurga, keduanya berpisah tempat. Adam di India dan Hawa di Jeddah (Jeddah artinya nenek). Setelah seratus tahun kemudian mereka bertemu di padang Arafah (arafah berarti tahu atau kenal), tepatnya di Jabal Rahmah (bukit kasih sayang).

PERTEMUAN ADAM DAN HAWA JUGA DIBUMI ARAFAH

PERTEMUAN ADAM DAN HAWA JUGA DIBUMI ARAFAH

JABAL RAHMAH

JABAL RAHMAH

Ketiga, Ibrahim as. diberitahu Jibril cara menunaikan manasik haji di tempat ini. Jibril bertanya, “Arafta’, tahukah kamu?” Ibrahim menjawab, “Araftu, aku mengetahuinya.”

Keempat, pemberian nama Arafah berkaitan dengan penamaan hari-hari sebagai berikut: hari kelapan dzulhijjah disebut hari Tarwiyah yang berarti merenung atau berpikir, erat kaitannya dengan  peristiwa yang dialami oleh nabi Ibrahim as. yaitu pada hari Tarwiyah ini nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah untuk menyembelih anaknya, Ismail (QS. 37: 102-7).

Pada malam itu sampai besoknya nabi Ibrahim sangat gelisah, tyerus menerus merenung dan berpikir, mempertanyakan apakah mmpinya itu berasal dari Allah atau dari syaitan. Karena ragu beliau tidak segera melaksanakan mimpinya pada siang harinya. Pada malam kesembilan, Ibrahim as. bermimpi para malaikat mengingatkan lagi dengan perintah yang sama. Setelah mimpi yang kedua inilah nai Ibrahim as. baru yakin bahwa mimpinya itu merupakan wahyu dari Allah Swt. Oleh karena itu, hai kesembilan ini dinamakan hari


(mengetahui). Pada malam hari kesepuluh, nabi Ismail as. bermimpi lagi untuk ketiga kalinya dengan mimpi yang sama pula. Maka keesokan harinya (10 Dzulhijah) nabi Ibrahim melaksanakan perintah itu, karena itu disebut hari Nahar yang berarti hari penyembelihan.

PENTINGNYA BERADA DI BUMI ARAFAH

Pentingnya bumi Arafah kerana ia adalah kawasan Masya’ir Haji. Lambang kebesaran agama Allah meliputi kawasan Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Padang Arafah : tempat berwuqufnya pada 9 haribulan zulhijjah. Dari segi geografinya keluasan : 13 km, 129 hk.

Tiada haji jika tidak berwukuf di Arafah, maksud berwukuf di Arafah adalah berada disana walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula daripada gelincir Matahari Hari 9 Zulhijjah sehingga seketika sebelum terbit fajar pada 10hb Zulhijjah.

Ada syarat-syarat untuk berwuquf :-

  1.  Telah berihram dengan niat haji
  2. Ahli Ibadat (Tidak Gila/Mabuk)
  3. Berada di bumi Arafah walau seketika dalam waktu Wuquf.

Amalan sunat ketika berwuquf :-

  1.  Solat berjemaah
  2. Bertalbiah
  3. Berdoa, berselawat dan beristighfar
  4. Berzikir
  5. Membaca al-Quran
  6. Solat Sunat

CERITA AKAK DI ARAFAH

Kisah agak tragis sikit bila teringat rasa pilu lah pulak. Tapi itu rezeki yang Allah bagi kat akak dan redhalah dengan pemberianNya. Sebelum berangkat ke Arafah akak dah mula demam dan batuk sikit tapi tak ambik pot sangatlah jadi gi klinik ambik ubat.

Setiap maktab ada klinik kebetulan kami kat level 12 klinik tu dekatlah sangat dengan bilik. Dua tiga hari sebelum pergi ke Arafah akak dan rakan sebilik sangat excited. orang excited nak jalan jauh nie tak der cerita lain lah, asyik susun baju lipat baju. Kemudian mengira cukup tak baju nak bawak, air dan makanan.

Selepas dua tiga kali menjalankan bedah siasat beg masing-masing bawaklah lebih dari satu beg. Beg kuning tabung haji tu, beg tote dubai tu dan beg plastik tu.

Hari yang ditunggu pun sampai plan petang dalam lepas asar macam tu tapi tunggu punya tunggu dan tunggu hinggalah ke waktu Isyak barulah gerak. Masa ini batuk akak sangat hebat berdentum dentam. Dalam bas ada jemaah yang duduk kat seat belakang tu hulur hacks syukur Alhamdulillah. Masa nie gula-gula bermenthol sangatlah bernilai tinggi.

MENJELANG WUKUF DIAROFAH

GAMBAR IHSAN – MENJELANG WUKUF DI AROFAH

Sambung sikit kisah beg kami, rupanya bas ke Arafah tu tak sama macam bas yang bawak kami dari Jeddah ke Makkah.

Bas ke Arafah sangatlah koboi, tak ada luggage compartment kat bawah, luggage kompartment dalam bas pun tak ada. Lorong berjalan tu sangat sempit. Bayangkan rata-rate jemaah wanita kami nie bawak beg lebih dari dua.

Sengsara hajjah, tak payahlah buat macam kami tau.  Kami sampai ke Arafah dalam kul 12 tengah malam. Seronok tengok jalanraya yang penuh orang berjalan kaki ke Arafah. Sebenarnya jarak antara Makkah dan Arafah dekat jer dalam 6 – 7 kilometer.

Sampai disana petugas tabung haji dah menunggu bersama sahabat-sahabat tabung haji memberi panduan arah mana khemah kami. Rupanya sebelum kami tiba selepas zohor berlaku ribut pasir di sana, kakak saya adalah juga jemaah pada tahun lepas jadi rombongan mereka dah sampai dulu.

Menjejak kaki kesana kita dah rasa bahang padang pasir bahang panasnya ya.  Cuaca malam pun dah 40 degree ++. Khemah kita addalah canvas putih tebal yang ada pintu dan tiada tingkap ya.  Just imagine di Arafah you cannot open your tudung anytime sahaja jemaah lelaki menjenguk cari isteri dia. Pening kepala akak.

Walaupun tengah malam Allah swt sahaja yang tahu panasnya bahang padang pasir.  Bersyukur we are born in Malaysia. tak der salji pun tak apa.  Seperti biasa kita semua bangun untuk qiam. Sumber air dari tank yang disediakan.  Orang Malaysia kan biasa air banyak risau ajer kita tengok air yang mencurah keluar takut pulak kering tangki tu. Risau nanti tak der air untuk wudhuk dan bersuci.

Peringatan untuk semua jemaah wanita, jagalah aurat anda sebab orang lelaki, petugas lelaki lalu lalang dekat toilet tu. Orang selalu lalai dengan stokin, tak jaga aurat kita dalam ihram ya. Please pakai stokin, sila visit kat website kat kedai KELENGKAPAN HAJI MACAM-MACAM jenis stokin ada.  Lepas tu ramai yang buat macam kat Malaysia, ni Arafah kita dalam rukun. Selamba sajer pakai anak tudung kait tu buka tudung letak kat tepi.

Jemaah yang prihatin ada yang berani tegur alhamdulillah tak ada pula yang tarik muka.  Nak pergi toilet memang beratur. Di Arafah toilet terhad tapi syukur alhamdulillah kami Maktab 86 kat Arafah masih lagi manageable penggunaan tandasnya. Beratur pun masih lagi boleh senyum. Kalau bab tandas ni patut berterimakasih dengan jemaah lelaki sangat perihatin. Mereka sanggup ambil bilangan toilet yang sedikit yang lain bagi jemaah wanita konkur.

Di Arafah makanan dan air disediakan, ada minuman pek untuk buat air.  Air panas disediakan, ada biskut dan buah-buahan. Nasi confirmed ada jangan risau kenyang ajer. Kita abiskan masa kita untuk baca Alquran dan untuk solat sunat. Tak perlu nak berbual-bual panjang dengan kawan-kawan.

Sebelum sampai kami diberitahu ada bilik untuk setiap kumpulan jadi imagine maybe ada macam penghadang antara satu sama lain. Rupanya apa yang disebut bilik tu adalah tali yang direntang seperti sebuah cubicle dah ada nama kat setiap cubicle. Lantai pulak karpet ya. kat rumah karpet bukan main sayang kan, kat sini karpet bentang atas pasir sahaja.

wukuf-arafah-haji-malaysia

SUASANA DALAM KHEMAD DI AROFAH

Ada juga jemaah yang datang kemari dalam keadaan uzur dalam diletakkan pemerhatian doktor.  Our group pun ada jugak yang uzur, memang kesian makcik hawa datang sorang tiada waris yang ikut. Makcik Hawa slip disc dia tak boleh berdiri lama dan berjalan mesti ada tempat untuk berpaut. Kami minta Petugas Tabung Haji letakkan dalam ‘priority list’ tak payah beratur lama macam kami yang cergas sikit nie.

Masa kat Arafah tak ingatlah berapa botol minum air nak counter heat dalam badan, kalau tak nyaris pengsan. Ramai yang pengsan dimasukkan ke hospital sebab panas dan asma. Hospital kat sini bukan ada bangunan cuma khemah tak ader signboard hospital sebab Kerajaan Saudi tidak beri kebenaran untuk buat Hospital macam khemas yang ada bendera merah bulan sabit tu. Hospital ‘Haram”

Kita duduk disana sampai waktu zohor, solat berjemaah dan mendengar khutbah Arafah. Masa ini abang sado pun banjir airmata. Jemaah wanita apa lagi. Berdoalah bawaklah long list apa yang kita nak minta pada Allah swt. Masa ni Allah swt paling dekat dengan hambanya. Selepas zohor semua jemaah sibuk baca Al-Quran dan solat sunat.

Macam-macam karenah manusia ada disini sabar itu adalah kunci segalanya. IBADAH haji bukan semata-mata ibadah direct kita dengan Allah swt. Hubungan sesama manusia juga penting berkenalan, berbasa-basi tolong sahabat-sahabat kita yang sakit tu semua ada ganjaran disisi Allah swt dan disitulah ujiannya kita mampu atau tidak berjaya atau tidak. Dapat tak kita kawal emosi kita.

YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA KAMI TERIMALAH HAJI KAMI YA ALLAH DAN JEMPUTLAH KAMI UNTUK DATANG LAGI YA ALLAH KE TANAH SUCI MU.

YA ALLAH HAMBAMU INI NAK DATANG LAGI MENGERJAKAN HAJI YA ALLAH JEMPUTLAH DAKU LAGI YA ALLAH UNTUK BERMALAM DI ARAFAH LAGI.

#PERJALANAN DUYUFUR RAHMAN MENCARI REDHA ILLAHI

KEMBARA HAJI DUYUFUR RAHMAN – RINDU NAK BERTAMU LAGI

Esok pagi nak jemput mommy, kakak dan abang kat KLIA dia orang semua pergi buat UMRAH 2 minggu lepas dengan agen PANDAN TIRAM TRAVEL. Orang kampung awak tu.

rombongan umrah mommy

rombongan umrah mommy

Kami anak beranak dengan anak-anak sedara semua buat rombongan Cik Kiah ke KLIA, tengok orang pergi gedik-gedik rasa hati nak pergi.

umrah4

Apakan daya aku dah tak ada cuti lagi nak terbang lama-lama. Mudahan hujung tahun ni is my turn nak terbang lagi ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, jika Allah izinkan.

Rindu nak duduk berjemaan dan beriktikaf di Masjidil Haram, rindu nak masuk Raudhah dan

solat di Masjid Nabawi. Rindu nak rasa ketenteraman hati dan perasaan berada di tanah suci.

Rindu nak bangun kul 3.00  pagi bersiap untuk solat subuh di Masjidil Haram dapat berqiam sementara menunggu solat subuh. Kat sini perh liat kul 5.00 baru akak bangun. Mudahan akak dapat balik momentum nak bangun awal untuk berqiam.

duyufur rahman2015

Duyufur Rahman – Kerna kasihmu Ya Allah

Rindu nak bertawaf di Mataf dan bersaie antara bukit Safa dan Marwah. Subhanallah hebatnya pengalaman itu. Nak tengok kren jatuh tu dah angkat ker belum.

Saie

Saie

Terasa-rasa di tekak sedapnya minum air zam-zam. Ya Allah sampaikanlah aku lagi ke tanah suci Makkah dan Madinah.

Rindu dengan roti arab yang lembut dan kari daging yang sangat enak walaupun simpan sampai petang. Rindu nak makan ais krim yang lazat dan jus yang pekat tu.

Rindu nakmakan nasi beriani ikan tak jauh dari pintu 25 tu.

Rindu nak bertekak dengan peniaga India, bangla dan Arab tu siap panggil aku bakhil bakhil. Ya Allah lindungilah aku jangan sampai jadi bakhil.

Rindu nak berebut masuk Raudhah, Rindu Rasulullah s.a.w.

SPRAY WUDHUK

Tools yang menjadi teman sejati sepanjang musim haji adalah spray wudhuk  dan beg tangan merah nie. Mahal beg tangan ni kena bayar RM10K baru dapat. Kemana sahaja beg tangan ni tidak akan ditinggalkan. Ini juga satu tanda pengenalan untuk jemaah haji dari Malaysia. Ada no bilik dan hotel penginapan pada beg ini.

Mahal nie RM10K

Mahal nie RM10K

Ada yang komplen beg tangan nie cepat rosak, tapi akak punya syukur alhamdulillah masih elok sampai ke hari ini.  Spray wudhuk akan diselitkan di poket beg tangan nie setiap kali jemaah haji nak ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.

Kegunaan spray wudhuk ni semua orang dah maklum jika wudhuk kita batal atas sebab keluar angin, kita boleh refresh wudhuk kita tanpa perlu ke bilik air. Tapi jika terbatal atas sebab-sebab yang lain makan perlulah ke bilik untuk bersuci dan berwudhuk kembali.

Di Masjidil Haram jarak di antara dewan solat dan bilik air agak jauh. Kami dari Abraj Jhanadriyah selalunya suka masuk melalui Pintu di sebelah Bukit Marwah.

Akan terus ke gate King Fahd duduk di sana untuk solat berhadapan dengan Kaabah.

Kaabah

Kaabah – Syahdunya Mengadap Kaabah

Bila nak ke bilik untuk wudhuk dan sebagainya saya akan pergi ke Pintu 22 – pintu Bani Syaibah (kalau tersilap harap maaf sebab lupa nak ambil gambar).

Sekiranya putus wudhuk dekat waktu solat jika kita keluar alamat tak dapat nak masuk balik sebab sudah ditutup pintu. Dataran diluar pun sudah pack sangat dengan orang yang sedang menunggu waktu solat.

spray wudhuk

spray wudhuk

Pernah akak keluar untuk berwudhuk sebab kena bersuci bila azan akak dah tersangkut kat luar dah hanya solat di pintu 25 sahaja. Merasalah solat kat depan pintu masuk. Tapi okay duduk dengan jemaah haji negara lain hang senyum kat aku, aku senyum kat hang.

Cara nak menggunakannya sangat mudah,

Spray kat muka rata-rata bila terasa air tu dah mengalir rata kan sahaja.

2. Spray dua tangan untuk basuhan tanpa perlu menitiskan air tu then barulah spray di sebelah tangan kanan dan diikuti dengan tangan kiri. Cukup sekali basuhan sahaja.

3. Spray pula tapak tangan untuk sapukan ke kepala

4. Telinga sunat, tapi boleh jer untu basuhan kanan dan kiri – sekali jugak.

5. Lastly kaki, spray kaki air rasa mengalir ratakan. Sebelah kanan dahulu kemudian sebelah kiri.

Kena buka telekung dan tudung ker?

Tidak perlu hanya berkelubung dalam telekung tu dan spraylah wudhuk anda dalam kelubung telekung tu.

KEMBARA HAJI DUYUFUR RAHMAN – BERADA DI TANAH HARAM MAKKAH

Sesiapa sahaja yang kembali dari tanah suci makkah dan madinah pastikan akan merinduinya.  Termasuklah akak nie, ya Allah hingga hari ini sudah 3 bulan kembali ke tanahair masih lagi terbayang-bayang di ruang mata. Rindu yang tidak terucap, walaupun kembara cuma 40 hari berada di sana.

Bila di tanahair setiap kali berjalan kaki ke Surau Nurul Iman, akak selalu teringat waktu-waktu kami berjalan kaki ke Masjidil Haram. Keadaan muka bumi akak berbukit dan kedudukan Kaabah itu adalah seperti lembah yang dikelilingi bukit-bukit. Tetapi sekarang sudah habis ditarah untuk highway, hotel dan terowong dengan projek pembesaran Masjidil Haram. Rindunya suasana dingin pagi pukul 3.30 pagi berjalan kaki dengan room mate Dr Roohaida, Allah hu Akbar sayu rasa hati.

New expansion masjid kul 3.00 am

New expansion masjid kul 3.00 am

Kalau kat sini nak turun Qiam bulan Ramadhan punyalah liat. Di bumi tanah haram tiada apa yang menggugat. Allah hu Akbar moga boleh mengekalkan nya disini.

Akak tiba di tanah suci masih dalam keuzuran dua malam juga akak duduk bilik tak buat apa-apa. Bertasbihlah banyak-banyak tu ajer yang boleh dibuat ketika ini. Kawan-kawan sebilik makcik hawa, kak ruby dan dr. roohaida dah selesaikan umrah dia orang. Mak cik Nab buat haji ifrad so hanya buat tawaf qudum sahaja. Mak Long pulak tunggu anak perempuan dia Sopia untuk tawaf dan saie umrah. Alhamdulillah dapat akak tumpang sekaki maklum first time datang untuk haji dulu buat umrah tapi nun 7 tahun sudah.

Kami buat tawaf dan saie pada hari khamis 17th Sept 2015, kami pergi pagi dengan Sopia dan Husband ke Masjidil Haram.  Alhamdulillah couple nie baik sangat. Peramah pulak tu. Masa nie agak pack jugak sebab jemaah dah ramai sampai ke Makkah, kamu masuk ikut pintu babus salam pergi buat tawaf di dataran Kaabah. Alhamdulillah itulah hajat akak pun, syukur sudah termakbul dapat solat sunat di belakang makam ibrahim tu jugak.

Tawaf

Tawaf kat Mataf.

Mengah jugak kami dalam gelombang manusia yang ramai tu, selesai solat sunaf tawaf kami melangkah ke Bukit Safa untuk saie 7 kali, diantara Bukit Safa dan Marwah. Dulu masa akak buat umrah boleh lagi pijak Bukit Safa tak ader dinding kaca, sekarang dapat tengok ajerlah.

Sejujurnya sebelum kesini tak ader excercise pun, jadi jalanlah perlahan-lahan penat berenti ajerlah dulu dan sambung balik. Setiap langkah saie di iringi dengan zikir dan doa dalam hati kecil minta Allah permudahkan segala langkahku untuk beribadah dan sihat tubuh badan ini untuk buat semua ibadah. Maklumlah sebelum sampai dengan sakit kakinya, tapi syukur Allah maha penyayang. Alhamdulillah by pukul 11.00 selesai sudah bertahalul.  Lalu balik ke hotel dulu untuk rehat dan makan tengahari.

Sebelum wukuf, akak pergi ke Masjidil Haram waktu pagi dalam 3.00 am dengan Dr. Roohaida untuk Solat Subuh berjamaah, sampai dalam pukul 3.30 am kami Qiam dan baca Al-Quran terlebih dahulu sementara tunggu waktu Subuh. Terus tunggu hingga waktu Dhuha barulah kami balik ke hotel.

Pergi memang semangat waja, waktu menongkat bukit nak balik ke Hotel rasa nak duduk kat bawah highway yang tengah construct tu..tengok hotel jauh lagi.

I tak pergi dalam waktu-waktu yang lain dulu, kaki pun rasa sengal-sengal bila berjalan jauh sebab tak biasa kot. 1.6 – 1.7 km you, tak sangka i can do it. Kalau kat sini payahler, bukannya tak boleh kan, banyak alasan. Waktu yang lain akak solat di maktab sahaja. Our fren Dr Roohaida memanglah Allah beri rezeki dapat kerap solat ke Masjid.

Masa kat sini our room mate banyak habiskan baca Al-Quran dan berzikir di bilik. Syukur alhmadulilah dapat room mate yang kaki ibadah jugak jadi tak derlah kita duk bersembang petang selalu. Di sini kita nak jaga hati, kata-kata, tingkah laku sebab semuanya makbul. Allah swt bayar cash ajer..

Buat baik pahalanya beratus ribu rahmat, buat dosa pun sama jugak. Allahu Akbar. Kami datang ke mari dengan bekalan masing-masing ada bawak cabai (orang kedah), serunding daging, ikan kering, sambal kering and my sambal hitam pun dah sampai Mokah tu..Seronok makan ramai-ramai duduk bersila dilantai walaupun tak berapa boleh nak lipat sangat kaki ku.

sambal hitam ker Makkah

sambal hitam ker Makkah

Makanan provide dua kali sehari kat sini, pagi dari pukul 11.00 hingga pukul 1.00 pm untuk lunch. Dinner start ambil makanan dari pukul 6.00 pm – 9.00 pm. Staff caterer kat sini orang Melayu asal dari Banjarmasin, so quiet ok senang nak berkomunikasi. Kami dibekalkan 1 pack nasi dengan lauk, air botol 500ml dan buah-buahan. Ada ayam, ikan, sotong atau daging, secara bergilir. Sayur pulak kobis, timun, carrot, brokoli dan apa-apa jenis sayur yang tahan lama. Jangan mengigau nak sawi, bayam, kangkung dan sewaktu dengannya ya. Sayur hijau tiada dalam senarai. Buahan memang ler best kan dapat epal, oren, buah pear macam pear china tu dan pisang macam pisang montel tapi tak montel ya.

Nanti kita share lagi part yang lebih menarik ya pengalaman di bumi Arafah dan Mina. Allahu Akbar rindunya. Yang baik itu datang dari Allah yang buruk tu datang dari diri saya sendiri. Ini hanyalah perkongsian pengalaman saya sendiri. Jemaah haji yang lain mungkin punya pengalaman tersendiri yang tidak sama dengan saya.

Akak tak banyak gambar di Makkah sebab kadang-kadang pergi sorang-sorang ada kekangan dan pada pendapat akak tak perlulah selfie sangat dalam Masjidil Haram dimana tumpuan kita ketika ini adalah mencari redho dan keampunan Allah swt semata-mata.

KEMBARA HAJI DUYUFUR RAHMAN PART 3 – MENJEJAK KAKI KE BUMI HARAMAIN

15 September 2015

After 7 hours dalam flight tak der berenti R & R ya gurau jer pun he he he. Flight yang membawa kami touch kat Jeddah pukul 9.00 pagi waktu tempatan dan pukul 3.00 petang waktu Malaysia. Turun flight ker Imigresen dah ada kenderaan menunggu. Walaupun tidur yang tak berapa lena tapi jemaah haji masing-masing bila sampai Jeddah terus bersemangat tak nampak letih pun.

IMG_3378

selfie jap – miss bee

Jeddah Airport

Bersemangat semua

Sampai di imigresen dah berderet jemaah haji  dari Indonesia dan India sedang queue up.

Jemaah Indonesia

Jemaah Haji Dari Indonesia

Jemaah Haji Indonesia

Seragam ajer semuanya

Kami pun ambil tempat masing-masing para jemaah haji bersilalah bentang tikarlah. Kat sini masing dah kedahagaan water tap tu tak nampak bayang maka bersabarlah diri. Ada rupanya tapi dekat dengan toilet so kongsi-kongsi jer lah dalam botol mineral tapikan best jugak tau. Walaupun kita tak pernah kenal boleh minum semulut tu.

Lebih kurang 2 jam lebih barulah dapat selesai dari check in kat Imigresen, beg-beg kami pun dah sedia menunggu trolley pun dah disusun. So how I’m going to carry my bag hu hu 28 kg tu..Subhanallah i have to be mulut manis mintalah tolong kakitangan bertugas letakkan bagasi saya diatas trolley.

Sampaikat luar kena check in dengan muasassah agen pulak yang menguruskan perjalanan kami disepanjang kami berada di Tanah Suci di sana kami diberi kad id ya passport agen muasassah yang pegang. Kalau kasi kat jemaah haji alamat banyak masalah ni hilang passportlah, cicirlah so untuk mengelakkan semua masalah ini kami diberi id card sahaja. They practise untuk semua Jemaah Haji.

Kami berkumpul dekat dengan tempat bas-bas yang menunggu sementara bagasi kami diuruskan ke dalam bas-bas yang tersedia.  Waktu sudah zohor siapa yang boleh solat teruslah menunaikan solat zohor. Saya berehat dulu ALLAH bagi cuti he he he.

Kenal Cik Siti Dalam Bas

Jeddah 2016

Jeddah 2015 -

Jeddah 2015

Lunch box disediakan sementara kami menanti bas. Kredit kepada pihak muassassah sebab makanan yang disediakan agak rapi. Di isi dalam kotak yang cantik.

Cuaca tak payah ceritalah memang dah berasap panas. Tapi tanamkan kesabaran dalam hati inilah perjuangan mencari keampunan Allah swt.

Setiap Jemaah haji tenggelam dalam fikiran masing-masing. Ada yang terlelap melepaskan lelah, ada yang berkenalan satu sama lain.

Kira-kira pukul 2.00 petang waktu Jeddah barulah kami semua masuk ke perut bas. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Diperjalanan bas berenti mengisi minyak, kami dihulurkan lagi dengan box makanan berupa snacks dan air. Ada biscuit, buah kurma didalamnya, biskut kat sini semuanya berasaskan kurma.

Masa ini adalah yang menghulur plastik minta derma, tiada paksaan nak bersedekah silakan. Tapi digalakkan memberi.

Bila nampak sahaja jam besar, mulalah masing-masing jemaah haji membaca doa masuk ke Kota Makkah. Mercu tanda Kota Makkah adalah jam besar.

hajj-duyufur rahman

Kedatangan kami disambut oleh pegawai dan kakitangan tabung haji. Kami menginap di Hotel Abraj Jhanadriyah yang juga merupakan pusat operasi Tabung Haji Malaysia.  Walaupun letih senyuman mereka melegakan kami sedikit sebanyak. Disinilah kami akan berkampung selama 30 hari. Dengan satu tekad mencari redho dan keampunan Allah swt.

Kami sampai sudah hampir benar waktu maghrib terus menuju lif ke bilik masing-masing. Semasa di Kelana Jaya, kami semua dah diberi sticker bilik, no. bilik dan tingkat berapa. So sampai disini terus saja menuju bilik masing-masing. Dibilik kami telah tersedia 6 katil. Well, saya akan ada 5 room mate. Firstly carilah port terbaik untuk anda melepak selama sebulan ni. Bukan hotel 5 star k, adaptlah dengan situasi yang ada. Ada sebuah almari disediakan, so siapa yang nak gunakan almari silakan. Yang lain pandai-pandailah nak simpan barang sendiri.

Room akak terdiri dari tiga orang jemaah haji senior citizen dan 3 orang lagi kamilah yang middle age nie..tak muda tak tua he he. Makcik Hawa, Mak Long, Mak Cik Nab, Kak Ruby dan Dr Roohaida akan jadi teman sebilik sepanjang kami disini.

sunset-duyufur rahman

Photo dari dalam bas

Katil saya mengadap tingkap, boring-boring boleh mengadap tingkap.  By right anda tidak akan rasa boring terperap dalam bilik because you ada masa yang sedikit jer dalam bilik tu.

view-duyufurrahman

Saya share pengalaman saya disini bukan nak riak tetapi berkongsi pengalaman dan keseronokan disini. Tempat yang menjadi impian umat Islam diseluruh dunia. Kekurangan itu datang dari saya yang kurang ilmu ini mungkin boleh jadi iktibar untuk duyufur rahman yang lain membuat lebih baik lagi.

KEMBARA HAJI DUYUFUR RAHMAN PART 2 – MASA UNTUK BERANGKAT

Dua minggu sebelum tarikh berangkat sangat stress dan memenatkan. Beg besar nak bawak tak ada, nak kena beli. Adik ada offer beg dia tapi cuma 24 kg, barang-barang peribadi pun dah penuh belum kira barang-barang yang Kak Long kirim lagi.

Jangan lupa jahit label kat beg, sarung sajer tak memadai boleh tercabut nanti, masa balik beg akak dah bogel tak tau kemana sarungnya. So beli sarung yang macam belt lagi baguih.

bagasi

Beg kuning nie berisi buku zikir, buku panduan, buku fiqh wanita dan cenderahati dari sponsor

By the way my eldest sister sudah pergi dahulu naik KT6, dah sebulan dia kat sana macam-macam lah dia share apa yang patut dibawak, apa yang tak ada kat sana.

Kak Long minta belikan maggi, chili sos, kicap, asam jawa, vitamin, barang-barang peribadi dan lain-lain lagi.  Untuk diri sendiri bawa sambal bilis hitam, serunding daging dan biskut julie tu.

Ambil cuti 2 hari awal dari tarikh berangkat nak sediakan semua barang-barang peribadi yang kecil-kecil. Beg kuning yang Tabung Haji bagi tu berisi vitamin, ubat-ubatan dan buku-buku doa dan panduan untuk bakal jemaah. Ada barang yang tiada macam botol spray wudhu. Set manicure pun beli juga tapi kan tak beli pun tak apa beli ajerlah ketip kuku dengan gunting kecil kat sana berlambak kat tepi jalan.

beg ubat dan vitamin

Beg ini berisi vitamin, ubat sakit kepala, ubat batuk dan mask.

Susun bagasi jangan kiralah entah berapa kali keluar masuk, barang yang saya bawa tu pun terlebih-lebih tak pakai pun ada. Jadi sudi-sudilah tengok my baby blog telekungmusleema saya dah kongsikan senarai pakaian yang patut dibawa.

Saya bawa :-

  1. Mini Jubah hitam – 1 helai
  2. Mini Jubah biru – 1 helai
  3. Mini Jubah Putih – 1 pasang
  4. Jubah 3 helai – Hitam, Coklat dan Corak
  5. Seluar saya bawa – 5 helai (putih,hitam dan coklat polycotton)
  6. Tuala besar 1, tuala muka 1, tuala kecil – 2
  7. Kain batik – 3 helai
  8. Tshirt Labuh 3 helai (1 tak pakai langsung)
  9. Kasut Tawaf 1
  10. Stokin Solat 5 pasang – 1 sedekah kat kawan
  11. Stokin biasa – 2 pasang. nak pakai keluar masuk.
  12. Sarung Tangan – memang terlebih sedekah buat kenangan kat room mate.
  13. Tudung Labuh – 2 helai
  14. Mini telekung – 2 helai
  15. Telekung – 5 helai
  16. Barang-barang peribadi yang intimate tu – memang bawa lebih kita nie plus size tak boleh nak cari ganti
  17. Sedikit ubat peribadi, vitamin (memang best tak makan pun) yang habis cuma flavettes jer untuk selsema lagipun sedapkan.
  18. Makanan sambal hitam dan serunding. Alhamdulillah sangat membantu untuk selera makan.

Jangan lupa basuh dulu semua pakaian kita tu, jangan terbubuh softlan pulak nnt dalam ihram tiada bau-bauan. Lebih baik jaga dari awal so saya tak bawa apa pun yang wangi-wangi. Disini peluh pun tak derlah bau hangit macam kat sini. Cuacanya panas kering.

Bermacam-macam perasaan ada gembira, gementar dan takut. Pergi sorang-sorang tak ada pengiring. Walaupun ada ramai lagi jemaah dari Malaysia tetapi kita tak pasti samada room mate kita serasi tu sesuai ker serasi ker.

Sedangkan kita tau disana semua perkara kita kena jaga dari soal ibadah dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Nak jaga hati, nak jaga tutur kata dan perbuatan. Sangat membimbangkan.

Dalam masa yang singkat nie jugak, mum kat kampung organised kenduri doa selamat, seperti kebiasaan semua orang nak pergi haji. Alhamdulillah masih ada mum yang boleh fikir hal-hal lain.

Alhamdulillah for this time around my mum sanggup bersusah payah datang ke Kelana Jaya untuk hantar akak pergi. Eventhough kita pergi kerana Allah dan hanya Allah yang memisahkan kita. Tetapi mungkin ini perpisahan abadi bagi kita.

Tambahan dua hari sebelum berangkat berlaku tragedi crane runtuh. Alhamdulillah apa pun berlaku tekad dan bulat tak mungkin lagi untuk berundur.

Jiran-jiran pun tak ketinggalan berkumpul dirumah mengiringi kita, syukur seronok sebab kita rasa macam ramai orang yang sayang kita dan appreciate kita dalam kelompok kita.

Masa nie lah merasa salam kaut, nak tunggu sambut menantu tak ada. Alhamdulillah banyak jugak dapat gak ribu-riban semoga pahalanya pun dikongsi bersama. Sebab akak guna duit salam ni untuk belanja harian akak kat sana.

Masa tahfiz laungkan azan rasa hilang segala kegundahan dalam hatimu. Hilang segala rasa takut dan gementar. Syukur ya Allah betapa besarnya anugerahMu.

Flight akak selepas tengah malam, adik, abang, kakak mak dan anak sedara pun ada yang tak dapat datang berkirim salam. Dia orang sahaja yang available , syukur Alhamdulillah. My office mate pun datang juga, duduk pun sebelah Office Tabung Haji.

Kami gerak dari rumah dalam pukul 9.00 malam sampai kat sana orang dah melaut, punyalah demam nak cari parking dan tempat duduk. Masa kat sini kami dapat tagging untuk bagasi, boarding pass, name tag, gelang ajaib dan handbag marah yang mahal giler tu.

Mahal nie RM10K

Mahal nie RM10K

Masa kat sini mummy dah start banjir dah, siap meninggalkan pesanan penaja off course dia dapat pergi 2 kali gi haji kan. Dah banyak pengalaman. Kami pun ambil kesempatan wefie yang lain tak nak so biarkanlah.

Saat Keberangkatan

Pukul 12.00 malam dah check in, dengar taklimat kat dalam dan naik bas ke airport. So the journey has begun. Thank you Allah aku rindu nak ke sana lagi. Best jugak naik Saudi Air nie tapi yang bawa dan kakitangan semua orang Malaysia.

Perjalanan mengambil masa 7 jam ada dua kali meal so solat Subuh dalam flight, i’m escapre masa pergi ni tengah uzurkan..Sampai di Qarnul Manazil pengumuman untuk niat ihram umrah.

KEMBARA DUYUFUR RAHMAN PART 1 – Surprise di Malam 31 Ogos 2015

What a pleasant surprise! Tahun ni 31hb Ogos jatuh hari Isnin alkesahnya pulanglah ke kampung untuk menatap wajah bonda. Sampai agak lewat jugaklah, tengah duk berehat mengadap TV dapat call dari staff Tabung Haji. Terkujat jugak sebab nombor start dari “6” kalau Office Tabung Haji mesti start dari “2”.

It’s okay, tak kesah lah no apa pun, pegawai berkenaan memperkenalkan diri dan memberitahu akak di jemput untuk menunaikan Haji pada tahun hijrah 1436 yang baru lalu. Wow terkejut dansusah nak percaya!! Puan ditawarkan untuk menunaikan haji pada tahun ini dan ini adalah last minute offer.

Speechless tak tau nak cakap apa, jawapan mesti diberi pada malam itu jugak. Ya Allah terharu berbaur perasaan. Mulanya rasa nak tangguh tapi hati kata terima sebab kita tak tau umur kita sampai ke tidak ke tahun 2016. My turn patutnya 2016. Saya minta tangguh untuk 10 minute dan akan berikan jawapan kemudian.

Apalagi terus bagitau my mommy share the news, minta izin walaupun agak keberatan ia nak lepaskan pergi sorang-sorang. Lantas I call balik Tabung Haji bagi jawapan kat dia orang.  Saya diminta datang ke Tabung Haji ambil surat tawaran.

You know what? Passport saya dah mati lama tak renew pun. Syukur alhamdulillah system dah canggih dalam masa satu hari dah boleh dapat passport. I have balik ke pejabat tabung haji buat serahan. Tamat satu hari. Adalagi yang tak selesai medical check up. 1st day dah EL no choice esok saya kena sambung lagi EL.

Saya tanya pegawai tabung haji dimana boleh buat medical checkup yang cepat dan dekat dia orang suggest Hospital Al Islam mungkin ada yang lain kot tapi akak pergi ajer kat sana sebab mudah nak pergi ambik train sampai Stesen Putra Kampung Bharu. Dari sana akak menapak ker Hospital Al Islam.  Sambil jalan cuci mata tengok gerai-gerai tepi jalan. Waduh banyaknya dah berubah dari susun aturnya dah lain sangat. Kedai makan banyak dan rapat-rapat.

Semua orang maklum sapa sebenarnya penghuni kat Kg Bharu, jangan tanya di mana orang Melayu majoriti dah berpindah ke tempat lain. Rumah yang ada pun disewakan kat orang luar. Jangan salahkan dia orang 100 peratus kadang-kadang masalah tanah yang tak dituntut, tuntutan bertindih adik beradik, tanah sekangkang kera atau ada tapak rumah jer macamana nak diwarisi.

Setengah hari gak di Hospital kena ambil darah, kena buat ecg dan kena x-tray. Pusing kiri kanan dekat lebih kurang RM250.00 jugak kan. Orang kata hati tengah berbunga duit belakang kira ambil lah dari segala sumber yang ada tu. Doktor yang buat medical check up ni rupanya kena berdaftar dengan Tabung Haji bukan sebarangan sahaja. Sempat berkongsi cerita dia pun setuju akak pergi buat haji tanpa tangguh-tangguh. Dia pun akan buat keputusan yang sama macam akak katanya.

hajj 2015 083

Selesai dengan doktor, kenalah pergi ke Pejabat Tabung Haji untuk buat serahan, so akak pilih Tabung Haji Maju Junction pergi dengan teksi.  Selesai serahan dapatlah beg kuning maybank dalamnya ada macam-macam benda :

  1. Ada buku doa, zikir, buku panduan, checklist,
  2. Ada dibekalkan dengan mask, vitamin bermacam-macam tak payah gaduh nak beli tak habis makan,
  3. Ada sanitizer sekali

Pendek kata beratlah nak gendong balik tapi tak apa orang nak bersedekah mari kita gunakan sepenuhnya. Esoknya, kena balik office nak bincang handover kerja nak apply cuti. Nanti kita sambung lagi ok!!!

1 2 3 4 5