WUKUF DI ARAFAH 3 HARI LAGI – DEBARAN JEMAAH HAJI

Ni pengalaman akak paling thrill bukan akak sorang semua jemaah haji berdebar-debar menanti hari wukuf di Arafah.

Sebelum pergi pegawai Tabung Haji akan memanggil semua jemaah di setiap floor untuk briefing sikit pasal Hari Wukuf.  Taklimat diberikan memanglah terperinci sangat. Jemaah akan diberitahu mengenai pengangkutan yang disediakan untuk kesana, susun atur khemah juga akan diterangkan ya. Penerangan juga akan diberikan mengenai bagasi ya.  Boleh refer entry terdahulu untuk cerita lebih lanjut.

Untuk kemudahan bawalah 1 beg hand luggage yang disediakan dan 1 beg sandang jangan bawa beg sampai penuh tangan.  Sengsara bas tiada tempat simpan barang (take note ya)

Pergerakan jemaah ke Padang Arafah adalah secara berperingkat mengikut maktab masing-masing. Di sini sahabat tabung haji memainkan peranannya mengumpulkan semua jemaah haji di depan lift menyusun siapa yang patut turun dulu. Memastikan tiada jemaah haji yang tertinggal

Kadang-kadang memang tersasar jadual perjalanan disebabkan kesesakan yang berlaku semasa dalam perjalanan ke sana. Sebenarnya jarak diantara Kota Makkah dan padang Arafah cuma 6-7 km sahaja. Kami sepatutnya bergerak selepas asar tapi selepas Isyak barulah bas sampai.

taklimat-wukuf

suasana taklimat – gambar ehsan sendiri tak der gambar

Kami semua akan duduk bersila mendengar taklimat tahan lah kalau sakit lutut tu.

wukuf-khemah-arafah

Rupa bentuk Khemah

Ketika hari wukuf petugas medical akan ditempatkan di setiap khemah, cumanya tiada pun lambang bulan sabit tu sebab tidak mendapat kebenaran untuk membuka klinik kesihatan. Cuma jemaah haji terbabit tahu wujudnya klinik kesihatan.

Kemudahan tandas juga ada di khemah semasa hari wukuf cuma harap bersabar sahaja. Cuma pengalaman peribadi tidak sesesak di Mina.  Mungkin tempoh tinggal yang sebentar sahaja kot.

Boleh dikatakan dari penelitian yang lepas ketika wukuf ini berlaku ribut pasir dan keadaan cuaca yang panas. Jemaah haji diharap bersabar dan bertabah fokus sahaja untuk beribadah.

Selalunya ketika hari wukuf complexs maktab jemaah haji akan ditutup kecuali kakitangan hotel atau maktab tersebut.

nanti kita sambung persediaan diri menjelang hari Wukuf ya…

#kelengkapan haji dan umrah..telekungmusleema.com

#ini kisahku setiap orang lalui pengalaman yang berbeza

author – hajjah bariah

MABIT DI MINA DAN MELONTAR DI JAMRAH

Entry kita kali ini agak serius sikit, moga boleh dijadikan panduan.

Bermalam (Mabit di Mina) berada di bumi Mina, pada malam hari tasyrik dalam tempoh lebih separuh malam pada malam 11, 12 & 13 Zulhijjah.

Mabit di Mina adalah wajib haji yang kelima, tempoh bermabit berada di Mina masa separuh malam, pendapat lain pula memadai berada di Mina ketika masuk waktu subuh sahaja (azan subuh) dilaungkan.

Jadi waktu siang jemaah haji boleh balik ke Makkah untuk tawaf rukun. Tetapi realitinya pada masa ini pengangkutan untuk balik ke Makkah sangat terhad dan tambangnya agak mahal.

Jemaah haji boleh memilih tempoh bermalam di Mina:-

  1. boleh bermalam 2 malam (Malam 11 & 12 Zulhijjah) Dinamakan Nafar Awal
  2. boleh bermalam 3 malam (Malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah) dinamakan Nafar Thani

Pengecualian Mabit jika uzur :-

  1. Takut terancam keselamatan diri atau Harta
  2. Menjaga atau menemani orang sakit
  3. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
  4. berpenyakit dan sukar bermalam
  5. Terpaksa.

Melontar Jamrah pada Hari Tasyrik ialah melontar pada Hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Syarat melontar Jamrah Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

  1. Masuk waktu melontar dan Tertib Jamrah
  2. Melontar dengan batu
  3. Hendaklah melontar dengan tangan
  4. Melontar dengan gaya lontar
  5. Melontar satu persatu
  6. Yakin batu lontaran masuk jamrah
  7. Tujuan tidak terpesong selain melontar
  8. Cukup tujuh (7) biji dengan yakin

 

sumber : buku panduan haji lembaga tabung haji

#keperluaan haji dan umrah anda …telekungmusleema.

#ini pengalamanku setiap orang punya cerita berbeza – hajjah bariah

WAJIB HAJI MELONTAR JAMRAH KUBRA

Melontar di Jamrat atau Jamrah adalah wajib haji yang keempat. Lontaran ini perlu dibuat pada 10hb Zulhijaah (kalau kat Malaysia tu hari raya haji).

Ada 3 Jamrah iaitu Jamrah Kubra, Jamrah Sughraa dan Jamrah Wusta. Ibrah melontar di Jamrah dari kesah Nabi Ibrahim a.s yang cuba dihalang oleh syaitan dari menunaikan perintah Allah swt iaitu mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

Waktu yang AFDHAL adalah setelah solat Dhuha pada 10hb Zulhijjah tetapi pihak pengurusan Tabung Haji tidak menggalakkan jemaah haji untuk pergi pada masa ini kerana suasana sesak. Ingat tak peristiwa rempuhan pada tahun lepas yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia.

Jemaah Haji Malaysia akan dibawa ke Jamrah Kubra pada waktu malam yang sangat sempoi-sempoi bahasa cuacanya. Sebanyak 7 biji baju diperlukan untuk lontaran ini.  Jumlah anak-anak batu yang diperlukan semuanya ada 70 biji.  Mari kita tengok syarat-syarat melontar pulak.

Syarat Melontar Jamrah Kubra pada 10hb Zulhijjah.

  1. masuk waktu melontar
  2. melontar dengan batu atau jenis – jenisnya
  3. hendaklah melontar dengan tangan
  4. melontar dengan gaya lontar
  5. melontar satu persatu
  6. yakin batu lontaran masuk jamrah
  7. Tujuan tidak terpesong selain melontar
  8. Cukup tujuh biji batu dengan yakin

    KHEMAHMINA

    KHEMAH-KHEMAH DIMINA SEPANJANG PERJALANAN KE JAMRAH

Kompleks Jamrah ada 3 tingkat, orang Malaysia dan Asia Tenggara akan pergi melontar ke di tingkat 3.  Jarak perjalanan di antara khemah bagi orang Malaysia ulang alik lebih kurang 7km.  Untuk sampai ke tempat melontar jemaah haji perlu melalui Terowong Muassin.

Terowong ini mempunyak dua laluan untuk pergi dan balik.  Oleh itu keadaan perjalanan agak lancar. Disepanjang perjalanan ini anggota keselamatan saudi akan berkawal dan bersama mereka ada tank air atau spray untuk menyembur jemaah-jemaah haji yang kepenatan. Subhanallah mulianya usaha sekecil ini mendapat pahala yang besar disisi Allah swt.

Dalam terowong ini ada disediakan 15 travelator lebih kurang dah lupa jumlahnya untuk jemaah haji jika suka atau yang kepenatan dan setiap travelator ada seorang engineer yang bersiap siaga.

TEROWONG MUASSIN

TEROWONG MUASSIN

Apa yang bestnya ketika berjalan kaki ke tempat melontar kita bertemu dengan berbagai warna dan ragam manusia dari seluruh dunia. Paling seronok bila tengok rombongan dari Indonesia, Arab dan Pakistan or Iran. Mereka akan bertalbiah dan bertakbir dengan kuat. Memang bersemangat sangat bersama seorang pembimbing yang akan melaungkan dengan pembesar suara.

Sayang sekali jemaah haji Malaysia lebih suka berjalan beriring dengan pasangan atau teman-teman dengan berzikir dan bertalbiah secara perlahan.

Terlalu banyak yang dirungkai sebenarnya, tak habis sampai esok kalau bercerita. Hanya Allah swt yang tahu betapa hati dibuai rindu dan sayu.

#Ini kisahku diari travelog duyufur rahman – lain orang lain pengalaman

#kedai kelengkapan haji dan umrah

#author Hajjah Bariah

MUSIBAH KETIKA MUSIM HAJI

Walaupun apa pun yang berlaku jangan biarkan semangat haji dan hajjah tergugat. Musibah crane runtuh tahun lepas hanya 4 hari sahaja sebelum saya berangkat ke menunaikan haji ke tanah suci.

Percayalah walau dimana pun kita berada maut itu tetap mendatangi kita cuma caranya sahaja yang berbeza. Ramai orang yang mohon pada Allah swt untuk meninggal ketika musim haji untuk dapat tanah kuburnya di Makkah dan Madinah. Namun Allah swt lebih mengetahui.

Mangsa yang terkorban mudahan-mudahan telah mendapat syahid di sisi Allah kita yang masih hidup terus berjuang untuk mendapat khusnul khatimah.

Namun apa yang berlaku tidak sedikit pun menjentik hati kami ketika itu, ketika berada di kawasan Masjidil Haram perasaan takut langsung ada. Yang ada kesayuan setiap kali memandang Rumah Allah sahaja.

Peristiwa runtuhan di Mina kami cuma tahu pada sebelah malam sahaja. Memang cekap pentadbiran Arab Saudi menjalankan tanggungjawab mereka menyantuni jemaah haji.

Bagaimana nak menguruskan berjuta-juta manusia dalam satu masa semoga Allah swt memberi pahala kepada semua orang yang menyantuni jemaah haji.

hajj 2015 021

LAUTAN MANUSIA MENUJU ARAFAH

Perjalanan haji sangat indah semoga semua pembaca-pembaca mendapat jemputan dari Allah swt pada suatu masa nanti. Lambat atau cepat kita dapat jemputan haji semuanya ketentuan Allah swt.

 

#catatan perjalanan duyufur rahman

#ini kisah saya mungkin berbeza dari orang lain.

MUZDALIFAH YANG DIRINDUI

Sampai di Muzdalifah kami mencari tempat yang sesuai untuk meletak barang-barang. Sebelum memulakan operasi mencari batu.

Sebenarnya tips untuk mendapatkan batu di Muzdalifah ni senang sahaja. Anda cari di kawasan berhampiran tandas banyak batu-batu kecil di situ.

Seronok teringat zaman budak-budak. Mana yang dah dapat batu boleh duduk berehat sambil melakukan amalan-amalan sunat baca Al-Quran, berzikir, solat sunat dan sunat-sunat yang lain.

Para duyfur rahman @ jemaah haji,  kena duduk di sana separuh malam sehingga terbit fajar, barulah bergerak ke Mina, tapi Tabung Haji ada schedule mereka sendiri so lebih baik kita follow sahaja.

Bangunan merah dan biru tu kawasan tandas dan bilik mandi yang moden di Muzdalifah, agak selesa juga. Di sini tiadalah lagi cerita berebut bilik air. Sebelah luar pagar tu jemaah haji dari negara lain pula.

MUZDALIFAHRINDU

KUTIP BATU DI MUZDALIFAH

Bila hampir fajar, sekali lagi episod berebut naik bas bermula ya..paling sedih bila petugas maktab 86 sudah lesap. Pandai-pandai jemaah haji lah nak berebut naik bas. Berharap kepada driver bas dan kelindannya sahaja.

Kami sampai di Mina menjelang subuh, mencari khemah dan bilik masing-masing dan berkejar pula untuk solat subuh berjemaah.

MABIT DI MUZDALIFAH

MABIT DI MUZDALIFAH

ini cerita saya setiap duyufur rahman punya pengalaman yang berbeza, sekadar berkongsi pengalaman.

 

WAJIB MABIT DI MUZDALIFAH

Inilah bumi Muzdalifah , bermalam disini  wajib haji yang ketiga, ditinggalkan kena bayar dam.

Kami berangkat dari bumi Arafah untuk mabit di Muzdalifah, selepas solat maghrib, bas yang sama membawa kami dari Makkah ke Arafah ke Muzdalifah seterusnya ke Mina, no. 54.

Semua orang sabar menanti untuk menaikki bas, akak yang demam menggigil ketika ini bertabah berdiri untuk menaikki bas, alhamdulillah sahabat-sahabat akak turut membantu mengemas barang-barang.

Akak rasa nak tumbang dah.

Lautan manusia yang resah gelisah menanti bas demi bas, yang sentiasa penuh, sahabat tabung haji bekerja keras mengatur setiap trip jemaah haji. Moga Allah swt balas budi baik mereka.

Sebenarnya ujian yang paling besar ketika kerja haji nie sabar. Anda boleh tak beratur hampir 1 jam untuk dapat naik bas. Dah naik tak ada tempat duduk, berdiri dah lah kita demam. Kita heran tengok perangai manusia, dalam saat-saat begini masih kekal dengan perangai lama aku-aku tu.

Alhamdulillah tak jauh pun perjalanan ambil masa panjang kerana bilangan bas yang banyak dan ramainya orang berjalan kaki.

MUZDALIFAHRINDU

sibuk mencari batu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAUTAN MANUSIA DI MUZDALIFAH

LAUTAN MANUSIA DI MUZDALIFAH

Sampai di Muzdalifah kami mencari tempat yang sesuai untuk meletak barang-barang. Sebelum memulakan operasi mencari batu.

 

APA ITU MABIT DI MUZDALIFAH 

Erti Mabit berada di bumi Muzdalifah walaupun seketika mulai separuh malam 10 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar hari tersebut.

Mabit adalah wajib haji yang ke tiga.

Amalan ketika bermabit disini adalah melakukan amalan-amalan suant

  1. Talbiah
  2. Berdoa
  3. Berzikir
  4. Sembahyang Sunat
  5. Mengutip Anak-Anak Batu

Pengecualian Mabit Jika uzur

  1. Takut terancam keselamatan diri atau harta
  2. Menjaga atau menemani orang sakit
  3. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
  4. Berpenyakit dan sukar bermalam
  5. Terpaksa seperti ditinggalkan kenderaan

Jika meninggalkan mabit tanpa uzur syari’e adalah berdosa dan diwajibkan dam

kita sambung lagi cerita mabit di Muzdalifah dalam next entry ya..stay tune.

koleksi pakaian haji dan umrah jimat telekung musleema -whatsapp 019-2883235 admin

1 2 3 5